Monday 22 August 2011

-Membaca Buku Itu Perlu-

Menarik sekali jika punya kebiasaan atau hobi membaca. Sejujurnya aku lebih sering membeli buku dibanding membacanya. Tidak terhitung berapa banyak e-book yang sudah aku download. Namun "daya tahan" membacaku agak lemah, kalau lagi mood sedang bagus, novel setebal 500 halaman bisa selesai, cuma kalau lagi tidak, sampai sekarang juga belum kelar-kelar.

menarik juga topik yang disampaikan oleh Saudara Novel. Apakah kita selaku orang Asia punya kebiasaan berpikir kritis?. Nah, tentunya punya wawasan dan pemahaman yang baik tentang suatu bidang akan mempengaruhi tingkat daya kritis kita. Aku punya teman kuliah, yang punya kegemaran membaca novel dan gemar membacanya sekali 5 novel secara simultan, "bosen kalau baca satu-satu judul vry, jadi aku lompat-lompat aja membacanya" begitu alasannya. Ada lagi seorang abang yang sangat hobi membaca, sampai mau bersusah-susah hunting buku di Senen, atau seperti shopping di Jogja, atau Titi Gantung di Medan.

Bagaimana dengan Anda?
Apakah membaca adalah suatu hobi?

Langkah-langkah dan kesan budaya membaca



Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun.
Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-kesan positif yang timbul daripada pembacaan ini.
Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.
Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan.
Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh.
Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan mereka.
Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.
Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?

Sunday 14 August 2011

MaNfAaT MeMbAcA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra’ iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi
Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yang jarang kita nampak. Dalam artikel ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan membaca tak kira la baca apa pun asalkan benda tu boleh dibaca. Dari buku hinggalah ke internet asalkan benda yang dibaca itu bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya. Antara kelebihan dan faedah apabila suka membaca adalah:
1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikirananda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
Sebagai kesimpulan, dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknya kelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagian dari kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.

Sunday 24 July 2011

Pertandingan Inovasi "Big Book"


Pertandingan Inovasi Big Book sempena Karnival NILAM Peringkat Daerah Tawau.



Wakil sekolah : dari kiri Riduan Dzulkarnain , Melisa binti Sapri, Nesnil binti Lapapi dan  Nur Aiman bin Taslim. Guru Pembimbing : Puan Sofia Marjuki, Guru PROBIM sekolah.


"Big BOOK" SMK Jambatan Putih,Tawau. 
Tema : Ibu Bapa 
Tajuk Ibu dan Bapa Saya.

" Big BOOK " rakan-rakan dari sekolah lain: 


SMK Kuhara, Tawau
Tajuk : Kuih Tradisional


SMK Balung, Tawau
Tajuk : Sekolahku Sayang


SMK Umas-Umas, Tawau
Tajuk : Permainan Tradisional


SMK Kinabutan, Tawau
Tajuk : Sekolahku Syurgaku

BULAN BACA SMK JPT

Bulan Baca 2011


 
 


Majlis Pelancaran Satu Keluarga Satu Buku
Puan Chow Yuet Lee(gambar atas) dan Encik M.Osman Wagiman menyerahkan 
sumbangan buku kepada PSS sekolah
Program Satu Keluarga Satu Buku dilancarkan untuk menambah koleksi PSS. Usul mengenai program tersebut telah mendapat persetujuan PIBG sekolah.

MaKsUd MeMbAcA

          Membaca ialah merupakan salah satu amalan yang baik,"Bangsa Membaca,Bangsa Berjaya" membawa maksud orang yang membaca orang yang berjaya,dan orang yang berjaya orang yang cermerlang.Pepatah ini sering dikaitkan kepada para pembaca,agar pembaca lebih minat untuk membaca.Membaca boleh dijadikan sebagai hobi yang berfaedah.Dengan ini,membaca boleh mengisi masa lapang yang terluang,tidak terbuang masa itu dengan sia-sia kerana pepatah ada menyebut bahawa"MASA ITU EMAS".Oleh kerana itu lah kita tidak boleh membazir-bazir kan dngan sewenang-wenangnya.Dengan itu,Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan kepada setiap sekolah iaitu program NILAM.NILAM membawa maksud kepada Nadi ILmu Amalan Membaca.Di samping itu,pelajar akan tubuh di dalam hati untuk membaca buku.Membaca membawa aspek dominan untuk Berjaya, oleh itu ramai orang yang berjaya dengan menjadikan membaca itu sebagai ilmu penyuluh kehidupan mereka.

Faedah Membaca



1. Membaca dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
2. Membaca dapat menghindarkan diri agar tidak tenggelam dari hal-hal yang batil
3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang-orang yang menganggur dan tidak memiliki aktivitas
4. Membaca dapat melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menajuhkan kesalahan ucapan dan menghiasi dengan balaghah dan fashahah.
5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.
6. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingat serta pemahaman.
7. Dengan membaca orang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dan pemahaman ulama (ilmuwan)
8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeda, dan penerapan pada kehidupan nyata.
9. Menambah keimanan, khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan; pemberian nasehat yang paling agung, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.
10. Membaca dapat membantu pikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar lebih terbuang percuma.
11. Membaca dapat membantu memahami; proses terjadinya kata secara lebih detil, proses pembentukan kalimat, untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang berada di balik tulisan.
Seorang penyair mengatakan :
Kehidupan jiwa adalah konsep dan makna,
bukan yang engkau makan dan minum.