Rahsia Membaca dengan Berkesa
Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.
Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.
Langkah 1:
- Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.
- Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.
Langkah 2:
- Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.
- Arahkannya ke bawah.
- Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.
Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.
- Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.
- Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.
- Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.
- Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.
- Soal diri sendiri semasa membaca.
Contoh soalan:
- Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?
- Apakah hubungkait topik-topik ini?
- Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?
- Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.
- Baca secara perlahan dalam hati.
- Baca secara lisan.
- Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.
Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.
Selamat Mencuba, Selamat berjaya!!!
0 comments:
Post a Comment